Followers

Monday, May 30, 2016

Marhaban Ya Ramadhan


Assalammualaikum wbt


Salam kenal dan salam apa khabar... setelah sekian lama menyepi dalam arena blogging... aku muncul kembali.  Blog ini masih ku sayang, dengan nama dan tarikh yang keramat, hari lahir ku, mana mungkin dapat ku lupakan kamu blog ku.

Tidak apa walau digelar 'blogger pencen', 'blogger suam-suam kuku' tidak apa....semua yang berlaku ada hikmahnya.  Semuanya di atur dengan cantik oleh Yang Maha Esa.  Aku bersyukur diberi ruang dan peluang untuk bernafas sehingga hari ini,,dpat jua ku mencoret kan sesuatu di sini meskipun tiada pengisian yang 'bererti', namun cukup bererti bagiku.

Salam menyambut Ramadhan 1437, bulan seribu rahmat seribu berkat, moga kita dapat mengambil peluang yang ada dikesempatan ini untuk beramal dan memohon ampun kepada Yang Maha Esa....


Sampai ke temu lagi ya, udah dulu...permisi.

Assalammualaikum wbt semua..... <3 p="">30/5/2016


Friday, October 17, 2014

Kabare....


Salam kembali... apa kabar semua... semoga dalam kesejahteraan dan dirahmati Allah swt ya...  Bagi diri ku seperti biasa.. masih melangkah, berlari-lari meneruskan rutin kehidupan.  Bila penat berehat melepaskan lelah....hoi..kau dah kenapa hahaha sori la uolls.. Tepu idea nak berblog kembali..

Kadang-kadang meluap-luap semangat nak blog, macam2 nak cerita, tapi bila nak mendownload pic, resize segala pokok PALAS tu tumbuh balik... maaf kan akhak uolls...

Jom-jom cite sket apa yang terjadi dalam hidup ku, tahun 2014 mencatat bermacam-macam kisah dalam hidupku.. selain dari tu, career juga begitu, masih melakukan keje hakiki, ditempat yang ada, namun berpindah Jabatan, Jabatan yang sgt2 penting, Corp Sales Division kau.. sapa sangka akhak sekarang orang SALES...ko ado?? Report to GM CBD... pergh.. bos female...

Hmmm dup dap dup dap... actually ok gak, dapat bos female, lebih prihatin.. Kalau orang tanya mana best bos perempuan bos lelaki.. actually sama saja, nawaitu tu kene betul ya hadek hadek, kita kene betul, melangkah untuk bekerja adalah juga ibadah, mencari rezeki yang halal... insya allah Allah swt permudahkan, rezeki yang kita dapat berkat.

Ok pasal keje pelan-pelan ... bertatih.. hmmmm I CAN DO IT... Doing ordinary in an extraordinary way.... thats the TAG line.... ko mampu Bedah?? Insya allah...

Family..my family - parents / siblings  mcm biasa, ada hiccups here and there, apa pun kene banyak kembali ke fitrah... anak tetap anak, tanpa ibu bapa siapa kita, jangan lupa, senang kita sekarang adalah hasil jagaan perhatian dan kasih sayang ibu bapa, jangan menongkat langit satu hari kau kan jatuh jua.

Family - me...n him... mana yang rapat dah tau... mana yang jauh mungkin tertanya-tanya... xperlu dipanjangkan, ada hikmah ....

Okay uolls, ni i belanja my latest pic... nanti kita catch up lagi... tata uolls... 



cantek tak akhak cantek tak cantek tak.......!!



Monday, August 25, 2014

#mh17




Takziah untuk kaum keluarga dan sanak-saudara kepada mangsa-mangsa yang terlibat, turut merasai kesedihan ini.



Monday, August 04, 2014

Salam Aidilfitri 1435H



Sembah salam syawal untuk semua yang mengenali diri ini, ampun maaf dipinta jika ada kesalahan tutur bicara mahupun perbuatan sama ada yang disedari ataupun tidak disedarai, semoga ukhuwah sentiasa terjalin sampai bila-bila.

Bagi diri ini Syawal kali ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, semoga diri ini diberikan kekuatan untuk menghadapi hari-hari seterusnya, Ya Allah ampuni lah dosa-dosa yang kulakukan, sesungguhnya tak terbilang banyak khilafku ini.

Di sambut secara sederhana sahaja dengan family kecil kami, yang ada mama dan adik-adik, itu pun ada yang bekerja, hanya beberapa ketika sahaja di rumah, dan yg busy dengan keluarga sebelah pihak suami/isteri masin-masing... lumrah hidup berkeluarga...

Nanti kita jumpa lagi ya...

#prayforgaza