.
Nicekan day trip katanya... wehooo jakun disitu sebab ni la first time akak sampai Kuantan, specifically the location is Tanjung Lumpur. Tu pun sebab Che' Chan ada event PM punya program, diakan masuk AJK Belia Felda Keratong 9, memenuhi jemputan program anjuran Kerajaan. Barulah jadi Belia Gemilang dan Terbilang keadahnya?? Ye ke? Oppsss sorry nok, akak tak amik tau sangat pun pasal program tu, yang exitednya just nak berjalan.. cuci mata je...
*ni la rupanya Pantai Tanjung Lumpur.. patutla namanya Tanjung Lumpur.. bila air surut pantainya berlumpur....cuaca hari tu sangat panas.. berpeluh ketiak akak berjalan dah la parking jauh tepi jalan... Che' Chan je yang duk dengar ucapan bagai... akak lepak kat khemah lain sambil menikmati pemandagan dan tiupan angin laut yang tengah surut... (orang ramai gile time tu....)
*ha yang ni TMCC STMB cawangan Kuantan.. so sapa2 nak tukar insurance Kereta or Motor boleh transfer existing NCD ya, no worries, insya'allah can redeem rebate up to 15% (T&C applies), kalau tak sure, can pegi or contact cawangan yang terdekat dengan anda.... (iklan jap!)
Program habis around 4pm++ cam tu, selepas menyampaikan bantuan-bantuan kepada nelayan, berupa bot-bot baru.. wah katanya rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, bagus sikap begitukan. Sebelum sampai Kuantan ada post kat wall FB apa yang menarik kat sini, ada yang suggest seafood, keropok Mek Na, river cruise, rojak ayam, Pantai Balok, Pantai Beserah.. etc etc...
Tak de plan pun nak overnite situ, coz MIL hse kan dekat Keratong, so lepas program tu.. mencari makan la.. ingat nak makan kat area programme tu, tapi tak sanggup orang terlalu ramai.... so kuar dari kawasan tu.. gi kat satu gerai, beli pulut panggang inti ikan dan kuih bom inti ikan dan ada jual nasi dagang, panas-panas wa cakap lu.. akak memang suka nasi dagang ni, apa lagi angkat sebungkus.. Che' Chan mana makan benda2 pelik2 ni... :)
*nilah rupa nasi dagang tu makan dengan gulai ikan tongkol... i tell you memang sedap tak tipu, nasi panas, ikan tongkol fresh... memang sedap, sorry gambar pulut panggang inti ikan dan kuih bom inti ikan tak ambil.. rasa so-so je.. coz inti ikan dia plain sangat tak de campur kelapa or pedas2 so-so jelah...
Che' Chan makan nasi putih, sup ekor 'power', dan sotong goreng tepung.. minum air epal dan fresh orange.. (semua sedap-sedap, harga berpatutan dengan rasanya-no gambar sebab busy makan dan tangan berminya)
Next stop sebelum balik 'kepangkal jalan'... gi river cruise.. oohhh river di tengah-tengah bandar Kuantan tu bukan Sungai Pahang okay, yang ni adalah Sungai Kuantan (budak cruise tu terangkan), tapi memang besar river tu bukan cam river cruise kat Melaka tu, kira agak seram gak lah, kalau tetiba boat tu berbalik... akak siap pakai safety jacket lagi, cuak nok, minta-minta dijauhkan...amin..
*ada waktu beroperasi lagi ya, so kalau sapa yang nak pegi make sure tahu jadual kalau tak dok melahulah tunggu boat... murah je tak mahal RM18 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak, 1/2 jam perjalanan (estimate) menyelusuri Sungai Kuantan hingga ke Muara, masuk sikit ke laut ke arah boya dan pusing balik... masa kat laut lepas tu, boleh tengok keseluruhan pemandangan persisir pantai/bandar Kuantan dan bukit-bukit yang berdekatan.. contohnya Bukit Pelindung...laut lepas ialah Laut Cina Selatan.. cuak gak dilambung2 ombak time tu...
*cantikkan pemandangan kat situ, nampak jambatan yang merentasi Sungai Kuantan ke Tanjung Lumpur.. landmark Kuantan, tuan punya blog dan Che' Chan (dia tu memang amik gambar je muka tak de perasaan..)
*bot-bot nelayan yang ada disepanjang Sungai Kuantan menghala ke Muara.. ada bot untuk laut dalam, bot kecik untuk pesisir pantai dan lain-lain. Jabatan-jabatan Kerajaan pun ada, Polis Marin dan Kastam... baru tau yang kat yang rumah bot yang warna Kuning tu maknanya dari negeri Pahang, kalau rumah bot warna Biru dari Johor atau rumah bot warna Hijau dari Terengganu.. (atas bot tukan ada cam rumah/bilik - tulah rumah bot)
*semakin dekat dengan Muara sungai semakin banyak bot-bot yang kelihatan serta rumah-rumah nelayan.. (gambar atas), muara sungai kelihatan dihujung tu laut lepas, Laut Cina Selatan (gambar bawah)...
*langit petang yang diserikan dengan burung camar berterbangan...wahhhh indah sungguh...
.
.