Followers

Wednesday, July 23, 2014

25 Ramadhan


Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya... sekejap sahaja, semoga Allah swt memberi peluang untuk ku dan semua 'bertemu' lagi di masa-masa akan datang.... Ramadhan aku sentiasa menunggu kedatangan mu, bulan seribu rahmat, bulan pengampunan, bulan penuh barakah.... insya allah

Macam tahun-tahun sebelumnya, sendiri tu dah terbiasa dalam diri, kadang-kadang ke rumah mama untuk iftar, sahur dan terawih bersama-sama, bila kembali ke rumahku, 'sendiri' sudah sebati dalam kehidupan dan jiwa..

Tak apa, itu sudah kebiasaanku dah jadi darah daging.... moga suatu hari nanti ada yang 'menemani'...

Doakan ya!

Nanti kita jumpa lagi, insya allah.



Saturday, July 19, 2014

Salam Ramadhan





Mohon maaf kerana terlalu lama tidak menjengah blog yang pernah menjadi kesayangan suatu waktu dahulu.... 
Banyak perkara yang berlaku dalam hidupku... tidak sangka takdir Allah swt semua yang berlaku, mohon kawan-kawan / readers doakan semoga Allah swt permudahkan hidupku, berkati segala-gala yang kulakukan, kurniakan dan makbulkan permintaanku ....

Nanti kita bicara lagi bila ada masa yang terluang....